Assalamualaikum, selamat pagi.

Korang kerja ke tu?  Ahaksss.  Kita cuti sebab kita kerja di Selangor uollls.  Berlagak tak?

Dari semalam dok repair blog ni.  Hilang kemana ntah semua list blogwalking.  Dah terpaksa unfollow semua blog pastu followlah balik sesatu.  Mujur harini cuti, malam tadi overtime buat kerja kat laptop.  

Ini cerita ammi masak-masak Jumaat lepas.  Ammi work from home jadi disebabkan 'worklah' sangat jadi kita masuk dapur.  Awal pagi gi pasar jap, cari bahan nak masak.  Pastu masaklah ala kadar.  Ada sekali tu tengok kat blog SK dia masak ikan steam nyonya...terus meronta-ronta tekak ni nak makan jugak.  

Inilah dia perangai, bukan boleh tengok orang lain ada, dia pun nak juga.  Tapi kalau orang sebelah beli kereta baru kita tengok jelah, kita mampu beli kereta hotwheel buat display atas rak tv je.  Ahaksss.


Tapi kita buat talapia steam asam pedas.  Guna pes asam pedas adabi je 2 peket.  Letak daun kesum bebanyak, tomato, bendi dan juga potongan ikan siakap beku tu.  

Pada yang tanya sedap ke tidak frozen siakap cube tu?  Hmmmm pada ammi TAK SEDAP.  Ada bau yang kurang enak.  Tapi dah belikan, kita masak jelah.  Masa beli, ko beli terus sampai 2 peket...padanlah muka ko kena habiskan.



Lepas berapa minit atas dapur ntah baru teringat kita tengah kukus ikan.  Boleh pulak ko santai-santai melunjur kaki lipat kain sambil tengok tv.  Hampir lunyai bendi.



Goreng juga kacang botor yang kononnya kesukaan Alip tu.  Tapi alipnya tak makan sangat sebab dia tak sihat.  

Frozen shrimp ni boleh stock up sebab tak ada bau yang tak menyenangkan.