Blogwalking di petang hari dan nampak latest posting dalam blog Kak Ina.  Kak Ina buat contest sempena hari lahirnya and antara syaratnya adalah write a short article about her or her blog. Why not?

Dan of courselah ammi pilih untuk tulis tentang blognya..coz i don't personally know her.  Mana aci nak judge orang dari cara penulisan je kan.


Kalau diikutkan ammi pun baru aja follow blog Kak Ina ni.  Tengok kat widget followernya pun memang nama ammi paling last follow..ahaks.  Ammi pun tak ingat macam mana boleh terklik link blog Kak Ina dan terfollow.  Tapi kebiasaannya content blog akan tarik minat ammi untuk click follow.  

Ammi sebenarnya selalu terfikir macam mana seseorang blogger yang menjana pendapatan secara full time dapat idea untuk menulis konten ilmiah di blog atau menulis artikel.  How they get the flow to write sebab serius ammi risau kalau buat job pastu idea kering.  Kadang-kadang nak draft document kat office ni pun walaupun i have all the points tapi nak lancarkan idea tu punyalah payah.

Gigih okay ammi click pada tab "GHOSTWRITER" di blognya dan baca sebab tertanya-tanya apa itu Ghostwriter?  Kak Ina banyak share tips, cara, idea, information on how to become a writer/ghostwriter.  Kutiplah apa dan mana yang dapat dari apa yang Kak Ina ni share and try to adopt and adapt masuk dalam blog sendiri.

Lagi satu mana-mana blog yang ammi klik dan tengok ada tab RESEPI confirm ammi follow punyalah.  Memudahkan kerja mencari idea untuk masuk "konti" kat rumah.  

Untuk surf di blog Kak Ina pun tak banyak masalah.  Agak laju loadingnya dan yang penting simple.  Pening ok kalau gi blog yang memeningkan.  Makcik dah berumur ni nak yang tenang-tenang je.